Jul 28, 2011

kesedihan

ya allah..apa lagi yg hendak aku lakukan. aku tak berdaya menahan kesedihan yg selalu hadir tatkala bahagia menjelma. aku hanya ada satu diri. jika allah bagi aku sedikit lagi masa. aku berjanji yg aku akan lakukan sebaik yg mungkin. aku selalu ketepikan kemahuan aku demi kepentingan keluarga. tapi, kadang-kadang satu pun tak menjadi. aku cuba korbankan banyak masa aku untuk keluarga.tapi, apa yg aku dapat?walaupun aku selalu mengeluh..namun jauh disudut hati aku. aku hanya ingin melihat mereka gembira.gembira dan puas datang bila melihat senyuman mak dan abah..lagi-lagi abah. sukar utk melihat dia tersenyum. apabila berkesempatan membuatkan dia tersenyum. aku yg jadi malu.tapi, hari ini. semua nya telah ketentuan ilahi.masalah yg melanda aku dan keluarga sudah berada betul-betul ditahap kritikal. bil electric, bil air, astro, dan yg paling penting kereta semua tertunda. ya allah, betul aku tak sanggup hadapi semua ini. kereta aku yg bakal diambil semua oleh pihak bank, bill air yg mencecah hampir rm400, dan electric rm300. kereta rm1650 2 1/2 kereta aku tidak berayar.aku sudah jadi penganggur setia selama hampir 2 bulan. tapi, bukan itu kemahuan aku. semua tue atas sebab kesihatan. doctor yg menyuruh aku bertindak sedemikian. untuk sementara.sekarang diri ini hanya bergantung pada ubat semata. aku tak mahu simpati dari sesiapa. bkn aku hanya duduk dirumah semata. aku keluar untuk berkerja sambilan sebagai operator. pernah atau tidak kerja seperti itu aku lakukan, aku gagahkan juga demi keluarga tercinta. kenapa ya allah aku diduga seperti ini. hingga aku ditinggalkan begini. mana mereka yg sepatut nya berada disisi aku sekarang ya allah?bagaimana cara yg membolehkan aku dapatkan semula semua yg pernah aku ada?tadi abah telefon aku. abah menangis...mak apatah lagi,walaupun suara nya tidak dapat ku dengar. tapi, yg apsti aku tahu mak juga sedang menagis. aku nie mmg anak yg bodoh! apa yg aku kejarkan selama ini??adakah semua yg berlaku kerana balasan yg dulu pernah aku lakukan. telah aku pohon keampunan pada mu ya allah...tolong aku untuk kali ini. pernah kah aku terfikir untuk melacurkan diri? pohon kemapunan dari mu ya allah...aku anak yg simpati diatas penderitaan kedua org tua...tapi.apa kan daya?

Jul 17, 2011

HARI INI

Andai kata semua org tak suka kat aku. Aku redha. Tak faham kenapa semua orang nak marah-marah aku. Aku dah besar kan? bukan tak boleh di tegur. Aku rasa, aku lar manusia yg paling suka di tegur. Tapi nak tegur tue biar lar cara yg elok. Bukan di terjah-terjah. Aku tak cantik. Aku tahu.. sedar sangat-sangat..Tapi, jangan lah guna-gunakan aku sampai macam nie. Kenapa cakap aku nie selalu bermain-main dengan perasaan. Sedangkan aku rasa orang yg cakap aku mcm tue yg perasan lebih. Aku mmg tak perfect. Yer lar tgk sekarang nie. Aku dah kena berhenti kerja tak memasal. Habis tue siapa nak bayarkan kereta, bill2 semua. Aku tak ada duit banyak ok! Mcm korang yang tgh dok mengata aku nie. Aku memang tak terkata bila ada orang pandang aku sampai macam tue. Bila ada duit ada aku pergi enjoy gila-gila ? bila aku tak ada duit pulak ada aku minta duit orang? tak kan? sedih lar korang.. paksa aku buat itu ini.. Aku memang hina korang pandang aku mcm tue. Aku bukan jahat sangat pun sampai nk sakit kan hati orang sekililing aku. Sejahat-jahat aku, aku tak pernah lupa tanggungjawab aku. Wlupun kadang kala aku lupa, masih ada insan yg mengingkatkan aku. Bukan mcm korang! suka sakitkan hati aku. Aku nie mmg jelek kan?! isk..isk..jiwa, perasaan aku..selalu org perbodohkan bodohkan..persia siakan...hidup aku belum lagi ada yg gembira..



**seSiapa nak ajak aku jumpa hari nie jOm lar! saya alu-alukan. PrOmise mesti datang. Saya bOsan sgt-sgt nie..jOm!

Jul 8, 2011

oh tidakkk!!!

akhir nya!!!

alhamdulillah....akhirnya dapat jugak password baru..
thanks to god!hehehhhh..



sayer kt umah pengantin baru.my besties!! love u..hihieee...
pening kepala tak ingat...adoi ! tp dah rase fresh siit sbb mandi tadi...sejuk nyer lar hai...
awk semua sihat ker?sayer harap semua sihat ok...tc semua..
love u.
mish u.
muakss!


Apr 7, 2011

assalamualaikum...

hai semua..

nak buat pengumuman...
mungkin jodoh sayer dgn tunang sayer dah x sampai..dia mula tunjukkan belang yg dier berkuasa keatas diri sayer..sdgkan dier mmg x ader hak nk berbuat demikian.
Hari ini, sayer cube berfikir sejauh mana sayang dan cinta sayer pada redzuan. Tapi, semua nya hanya tinggal cerita. Yg x mungkin akan disambung selama nya. Semoga allah berikan sayer dan dier cinta yg kekal abadi..betul, org sakit jiwa semua pasal wang dan cinta...semoga dier akan bahagia selamanya dunia dan akhirat..

**now, lepak di old town bersama sahabat2 tercinta..elly, shah, aien, wose and sharil..ernie merajuk sbb x ader saper2 sokong nak pergi karok..malas ok !

thanks to all my blogger friend...bagi support, kata2 yg buat sayer tenang..betul, solat itu tiang agama. Mungkin ada sebab kenapa sayer 'perlu' melalui semua dugaan nie..musibah yg terjadi bersebab..mungkin belum sampai mase sayer nak berkahwin..atau capaikan aper yg didoakan...

lurve u all aloads !

Feb 2, 2011

dan..............................

Sabtu malam minggu aku bergaduh lagi dengan wan. Aku terus lari dari puchong pergi kemuara.Seorang diri, Bertemankan kecewa. Hati aku bercampur hiba. Mengapa semua ini perlu aku hadapi. Dalam tempoh perkenalan kami sebelum bertunang begitu gembira. Tiada yg lain yg aku rasa. Hanya kegembiraan, bangga yg aku rasai ketika itu. Bangga dan bersyukur kerana allah pertemukan aku dengan insan yg begitu 'caring','lovely'.Mungkin kerana sifat riak itu allah telah balas semua perbuatan riak itu. Bukan aku tidak percayakan takdir. Tapi, semua ini berlaku dalam keadaan aku tidak bersedia dan aku bukan riak hingga menyakiti hati perasaan org lain. Dugaan bercinta, BERTUNANG, Dan berkahwin sangat lah berbeza...

Jan 28, 2011

TERLALU LAMA

Terlalu lama saya x berblogging..:'(

Banyak yg dah tinggal. Banyak yg dah x tahu dan banyak juga yg terjadi.
Hubungan saya dengan mohd redzuan a.k.a tunang saya makin teruk. Rase mcm menyesal terburu-buru. Dia yg saya anggap sebagai org yg menayayangi saya, yg memahami kerja saya dan baik.Rupa-rupanya dia lah ingin mmusnahkan hidup saya sekali lagi. Bukan takat berkawan. Kerja saya dijadikan alasan perhubungan ini hambar. Ya allah..kenapa saya yg dipilih utk diduga sebegini. Tak ada cinta algi dihati saya utk dia dan sesiapa. Kenapa jadi begini ya allah..tak tertanggung rasa nya penderitaan mcm nie. Dia tipu saya, dia sakiti saya. Apa salah sehingga semua cinta saya hilang buat saya?apa salah saya tuhan???saya terjatuh dalam khayan saya sendiri. Impian saya hancur utk membina rumah tangga. Kenapa saya tak ada rasa denadam utk membalas semua cinta khayal ini????saya penat...penat utk teruskan semua nie.Saya betul-betul putus asa. Saya tak curang, saya tak pernah terfikir utk sakitkan hati dia. Tapi, semua nie terjadi dalam keadaan saya lemah. Lemah utk meneruskan lagi dugaan ini. Menyesal semenyesal meneysal nya...Kenapa????

to : ---> MOHD REDZUAN BIN SHAA'RI

Saya dah terlalu berhabisan tenaga utk teruskan semua nie. Tolong awk, Let me go.
Dah habis semua perasaan saya utk awk. Tp, apa yg awak balas?
Cuma kesakitan yg saya dapat.Saya tak ada apa2 impian utk bersama awk lagi.
Saya selalu ajar awk utk membuat kebaikkan. Tp, awk tolak saya sehingga saya jatuh.
Sehingga tiada cinta lagi utk saya bagi pada awk..:'(
Tolong saya awk...

Dec 29, 2010

DOSA ITU....

Ya allah...
Ampunkan dosa-dosa masa lalu ku...
Berikan aku kekuatan utk meneruskan dugaan mu ini...
Kau sentiasa lah jadikan aku hamba mu yg beriman dan bertakwa..


Semua tak tahu apa yg saya rasa..
Semua tak tahu apa yg saya buat..
Sema tak tahu apa yg tersimpan dalam hati saya...
Semua org akan marah saya jika tahu perbuatan saya...
Maafkan aku....
Aku dah janji yg aku tak akan ulang lagi perkara lama..
Tapi kenapa dia mendesak aku?
Aku bosan!
Aku tahu allah tak akan ampunkan dosa-dosa aku...
Bila waktu itu akan hadir??
Aku takut mati dalam keadaan penuh dengan dosa...:'(

Nov 28, 2010

TRAGEDI NOVEMBER

Semalam balik kampung wan. Bawa adik sekali. Im tak dapat ikut sebab ada kuliah. Dia dah tak boleh temankan aku pergi mana-mana lagi lepas nie. So, aku pun bawa adik jer lar.Kdg-kdg tue rasa mcm dia tak ada pulak. Sian dia kan. Sebab adik aku yg bongsu nie terlalu aktif. dan selalu juga jarang ada kt rumah. Lagi pun dia selalu ikut kakak aku yg first tue kakyong. Biasa lah. Kalau dah jadi anak bongsu tue kdg ala kena lar dengar cakap kan?kan?ehehhehh..ok, berbalik pada cerita tadi. Aku balik kampung wan dalam pukul 3 mcm tue. Sampai dekat pukul 6. Tak lar jauh mana pun kg dia. Tapi, sebab hujan yg lebat sampai tak nampak jalan aku terpaksa redah juga. Ok, nak bagi tahu nie..aku pergi perak tanpa license. Tahu kenapa?aku kena tidpu dengan sorang mamat nie. Mamat nie budak despatch, Hari JUMAAT yg lepas aku nk re-new license. NO time ok. So, minta tolong dia kot time tue. Aku pun dah lupa. Dari pagi aku bagi license original dengan duit sekali sampai pukul 7 aku tunggu nk balik puchong license aku amsih tak sampai-sampai. Ya allah..tuhan jer yang tahu mcm mana aku rasa time tue.Dia call bagi tahu suruh aku balik dulu sebab nanti malam atau esk sabtu dia hantar. Bayangkan dekat sejalm aku tunggu. Nak nangis pun ada. Bukan apa, area rumah aku selalu sgt ada road-block. Mmg time tue membuak-buak perasaan amrah+benci+bengang=semua nya lah. ok fine. Esk pun esk lah. Esk tue pagi2 aku call suruh dia hantar cepat. OK, dia cakap yg dia baru nk bangun mandi. Lepas tue dia call again. Dia cakap nk jalan dah. Pas tue dekat 3 jam aku tunggu dia masih lagi tak sampai. So, aku call lah 2 2 handphone tue. BOleh offffffff!!!sial betul dalam hati aku..(terus istighfar bnyk2..sbb tak pernha marah mcm nie taw..)Sampai pukul 2 dia masih tak on. Pas tue msg ckp odw. Aku terus tanya dia baik2..tahu dia jawab apa?act, aku tak buat pun lagi license ko sbb tak sempat. Pas tue dia cakap lagi yg dari td dia ter-off enfon sbb mandi. Weii!!tak kan mandi lama sgt kot. Ko giler ker apa aku gi out-station tak bawak license???dier cakap apa lagi. Larr...relaks lar. Tak ada apa2 punya. AKu terus off enfon bagi tahu kt abah yg budak tue excident. Bis tue aku nk jawab apa lagi kan?Lepas tue baru aku tahu yg ada org pernah suruh aku berjaga-jaga dengan dia.
Benci sgt dgn dia!!!!!!!Dgr cerita dia ada guna duit budak acc suruh dia bayar duit kereta 2 bulan. 2 bulan ok. bukan sikit amount dia. Dekat rm800 jugak lar..arghhh!!sewel aku dibuat nya.so, lepas nie kena lebih berhati-hati. tadi dia baru bagi license dengan duit rm30..k lar tue...dah malas nk sakit hati dengan dia.Betul-betul tak sangka dia tue penipu!!pecah amanah!!tak amanah!!tak jujur!!benci!!fuhhhh!!!~

LORONG-LORONG

Ya allah.
Berikan aku petujuk jalan mu.
Berikan aku ingatan yg kuat utk aku terus mengingati mu.
Berikan aku peluang utk perbaiki segala kelemahan diri.
Berikan aku kekuatan diri utk aku tempuh segala ujian mu.

Ya allah.
Engkau yg maha pemurah lagi maha segalanya.
Kau tunjukan lah aku segala keraguan ku selama ini.
Kau berikanlah aku kemenangan utk kali ini.

Ya allah.
sejudku kepada mu.
Jgn gusarkan hati ini utk aku terus bersujud kepadamu.
Jgn dipalingkan hati ini pada yg lain selain engaku ya allah.

Aku hamba mu yg lemah.
Aku hamba mu yg tidak layak berada disisimu.
Tetapi ya allah..
Kau jadikan lah sebaik-baik hamba mu yg lain.

AMin...



**Mencuri sedikit masa utk mengupdated diary ku ini.
Entry ini bukan entry yg penuh dengan kesedihan.
Tapi enrty bertujuan perbaiki kelemahan diri.

Nov 25, 2010

CABARAN DAN DUGAAN

Tak nak susahkan dia.
Dah tak nak dia belanja.
Dah tak nak apa-apa dari dia.


Malu beb kalau org asek belanjer. Tadi gi mamam sup sayur ngan nadia.
Yer lar..tiba2 mengidam nk mamam tue. Kepala pening tak hengat. hadoii..
Esk nak balik kampung my fiancee.**eyh ejaan mcm finance kan?**
Kampung dia ada buat kenduri. Doa selamat dan kenduri kahwin.woooo~dah lama gila tak soping baju kurung.:'(
OUh, bulan depan kena settlekan bnyk perkara yg tertunggak.
Harap-harap hati ini dapat hadapi semuanya dengan tenang.'
Ya allah...semua nya masalah duit..duit..duit...
semoga aku tak tersilap membuat keputusan. Semua yg aku buat semua berkenaan dengan masa depan.Jgn lah allah palingkan pandangan aku nie kearah pemusnahan..



kuat...kuat..kuat...:)

STRESS OUT!

Semalam keluar lunch dgn nadia. Tp, tiba-tiba ms gan pun nk ikut. So, aku tanya nadia. So, she say ok jer.so, kami bertiga keluar lar mcm biasa nk pergi makan kan area kota kemuning. KIra nya dlm 10 minit kot dari office. SO, ms gan ajak makan vegeterian. Aku ngan nadia set jer. Sbb nadia pun cakap dia nk makan roti. Alar...mcm tak ada geng lar pulak. Sesampai nya aku dikedai vegeterian chinese tue. Aku rasa mcm tak best pulak nak makan.Aku pun tak tahu. Maybe persekitaran kot. Aku tahu situ halal. Tapi mungkin tak berapa nk yakin dengan cara masakan dan susunan suasana kedai.So, aku ambil keputusan pergi makan kedai mamak jer. Yerrr....mmg aku tak tahu yg nadia mmg nk makan roti. AKu ingatkan dia pun mcm aku tak selera nk makan sbb takut tak halal. AKu nie pun beria-ria lar jugak ajak si ms gan nie makan kt restorang melur supaya nadia pun dapat makan sekali. Tiba-tiba sampai jer mamak aku ajak lar dia makan. Dekat 2-3 kali lar jugak aku pelawa. Yer lar..bagi aku, kalau keluar sekali nk makan tue biar lar sekali makan juga. ooo...ok, baru lah aku tahu yg dia dah bawak roti tue sekali. Aku bukan apa. Takut dia cakap aku nie memaksa dia atau ect.Sebab aku belum betul-betul kenal lagi perangai dia yg sebenarnya. Aku tahu dia baik, cool, clever dan bnyk lagi. Tp, aku takut kalau org tak suka dengan aku dengan sebab-sebab yg tak best didengar. Aku pun tak nak dia ingat yg aku nie kejer nk membuli dia jer. Dah baik-baik kawan jap lagi gaduh rase mcm tak best pulak kan?takut jugak kalau2 dia ingat aku nie menyakitkan hati. Aku betul-betul tak nak. Cukup lar apa yg dah aku lalui selama nie. :'(

Nov 24, 2010

BENCI!

Aku tak tahu mcm mana nak mula
Aku selalu diperbodoh-bodohkan
Mereka selalu menganggap aku diam kerana aku bersalah
Aku bosan utk memberi penjelasan berkali-kali
Apa. Mereka fikir aku nie apa?
budak hingusan???
hah???



**jap....nagis jap..***

MCM-MCM

Hadoi..doi...doi...
Tadi pagi aku jatuh kt lantai. Sbb jatuh?Abah dah jatuhkan air. Pas tue aku siap boleh cakap cm nie lagi..'larrr..tumpah pulak abah.Abah dah minum ker?langgar yer bah?'..pas tue sambil abah ambil kain nk lap. Aku boleh pulak jalan kt tempat air tue. Gedebuk!!adoiiiyaaiii...sakit nyer kaki...isk..isk..pas tue abah cakap.'lar..ko dah tahu tempat tue licin. Yg pg jalan kt situ jugak buat aper?cari nahas betul!'..ishh..isk..aku terus bangun amik nasi lemak letak dalam beg. Yer lar..bekalan ke tempat kerja.Sampai sekarang sakit lutut nie.Tapi tak per kot. saya kuat!!yehhh!!nak nangis jap gi malu. Ok lah..buat tak tahu.

Lama nya tak jumpa si elly tue. Rindu jugak. Tp, cm malas nk layan sgt. Sebab malas nk ingat dia kot. Dia pun bukan ingat aku pun kan.huhuh..ok lar sekarang nie dia ada 'DIN'. Kekasih hati yg baru muncul menjelma.hehehhee...tak per kot klu jarang jumpa. Takut kalau selalu sgt jmper ada pulak yg berkecil hati..:') ok. Abaikan kata-kata itu.

Errr...Semalam ada sedikit pergaduhan kecil berlaku ditempat kerja aku nie. Yer lar.Bila ada seseorang yg tidak mahu mengaku kesilapan sendiri dan menunding jari pada org lari. Hah!kan dah kena..tuduh lagi org. Lepas tue dia yg terkena balik. Bangsa dia sendiri pulak tue. sampai dah kena pulau dengan kaum sendiri pun masih tak sedar2 ker l.i.l.y. oiii!!!nyapah tgk muke ko!!!giler!!!nie nak bagi tahu..ada pulak si l.i.l.y nie pergi suruh aku matikan alarm kereta dia. Sedangkan dia bukan nya ada kerja pun. Aku nie pulak jenis yg mcm sekali dua tak per. JGn 3-4 kali. Aku penyepak muka dia.**ouh..tergangster pulak..Ok. Lar..nk terus terang. Sy nie seorang yg sgt lurus bendul. Tp, tak der lar sampai kalau org suruh aku nie rompak bank , aku pun pergi.Kira nya kalau org tipu aku. Aku pun iyer kan jer. So, hari tue mase si l.i.l.y nie bagi kunci kereta dia suruh tutup alarm. Kak ila nampak. Yer lar..sbb kereta dia tue kena dekat-dekat baru boleh padam alarm. Bengong nyer lah dia tue. Pas tue kak ila intercorm i dan bagi tahu yg dia tak nak tgk i nie asek kena buli.DIa cakap lepas nie kalau si l.l.y nie suruh buat apa2.suruh dia buat sendiri..hihieee Thanks kak ila!!ok.Nana cuba yer..huhuhuuu...

ok, nk chow dah..tgh tunggu org jupun mari..

tataa....
muaks!
Much love..

Nov 23, 2010

WRONG!

Hadoyai...dah lah hari nie pergi kerja dengan tidak bersemangat. Sbb pakaian tidak mengambarkan imej seorang gadis muslimah. Ada pulak aku pakai beju kebaya dengan legging. Tapi kebaya panjang ok. Tutup bontot. Tapi, tiba2 aku rasa kurang selesa. Sbb legging nie mcm tiba2 aku nmpk nipis. Ya allah..maafkan aku yer kepada gadis2 yg bertudung diluar sana. Takut ada orang akan mempertikaikan apa yg aku pakai. Jap lagi ada pula suara2 sumbang mcm nie.."perempuan bertudung sekarang nie samer jer yg tak bertudung.." adoyai...help me ler!!kalau tempat kejer dekat boleh balik jap lagi. Nie dah jauh. Cemaner oi???Rindu nya dengan im. Adik lelaki aku yg sgt2 rapat dengan aku. Takut jer jadi apa2 kat dia kt kolej tue nanti. Yer lar..im baru jer masuk segi kolej isnin hari tue. Masuk bilik terus ingat dia. Minta-minta org tak ada buli dia. OK.berbalik kepada cerita tadi. Aku kan baru juga berjinak2 dalam pemakaian tudung nie. So, boleh tak aku cakap yg kadang-kadang aku boleh terlupa yg aku nie dah bertudung. Sampai aku gi lepak dgn kwn-kwn lupa pulak pakai tudung.Buang sampah?lagi lah...hari isnin hari tue aku pergi hantar im. Ermm...aku tak pakai tudung. errr...err...act, aku bukan nya nak main-main dalam hal-hal mcm nie. Maybe aku sedang menyesuaikan diri. Pergi kerja aku akan secara tiba-tiba ion **betul ker ejaan?** tudung dan secara spontan akan terfikir utk pakai tudung apa utk hari esk. Tapi bila keluar?hohohhhh...cemaner nie?abah ada jugak tegur. Dah pakai tudung teruskan jer pakai pergi mana-mana. Hadoyai...aku rasa mungkin aku rasa percubaan pertama aku bertudung ditempat kerja. Kemudian lepak2 dengan kawan-kawan. Selepas itu di taman bila berjogging..eyh!boleh ker buat mcm nie?ok, aku akan cuba utk menyesuaikan pakaian seorang perempuan yg bertudung. Tidak terlalu menonjol atau terlalu ketat. Ok. i try my the best!!!hehehehhe..the best?insyaallah....

**ok, 30 nie nak pergi ke suatu tempat bersama teman baru. tak baru sgt kot. sbb dah kenal lama dalam blog..hehehehhh...**mcm x sangka yg dia tue dia.huhuhuu....
byee....much love!muaksss!

Nov 18, 2010

Dah lama aku tak lepas dgn elly. Yer lar. semenjak hati sedang berbunga dgn sesorang. Dah pasti lah aku ditinggalkan. HUh!Habis madu bersepah-sepah kau buang eyh..hihiee..yer aku tahu, aku pun sama.Aku rasa kdg2 mcm ada sesuatu yg bermain kt pale hotak nie semenjak dua menjak nie. Jari yg penuh dengan kesedahan. Bukan hari lar. BULAN Ok!Aku macam biasa lah dilanda masalah kewangan. Adik lelaki yg sorang tue nak masuk kolej. 22 nie aku yg akan hantar beliau kekolej.ok, act mcm nie. Sepatut nya kereta aku akan keluar hari nie. Tapi, tak tahu ada masalah apa. Kak khaty **sis proton yg kejer kt proton** kata yg bank ada buat masalah. Sedih nya lar hai..Aku bukan apa, kesian tgk abg ipar aku yg baik hati sgt bagi aku pinjam kereta dia sepanjang aku beli kereta. Beli mmg sepatut nya dah lama. Tapi, aku pun tak tahu. **eyh...pasan tak yg aku nie sekejap guna perkataan aku sekejap perkataan saya..alar...aku dah x tahu nk betulkan mcm maner.**Bagi aku perkataan aku utk diri aku dan kwn2 yg dah biase kenal rapat dgn aku.Saya awk utk rakan-rakan yg baru aku kenal rapat..eyh..jap2..bos panggil!!

Followers