Jul 28, 2011

kesedihan

ya allah..apa lagi yg hendak aku lakukan. aku tak berdaya menahan kesedihan yg selalu hadir tatkala bahagia menjelma. aku hanya ada satu diri. jika allah bagi aku sedikit lagi masa. aku berjanji yg aku akan lakukan sebaik yg mungkin. aku selalu ketepikan kemahuan aku demi kepentingan keluarga. tapi, kadang-kadang satu pun tak menjadi. aku cuba korbankan banyak masa aku untuk keluarga.tapi, apa yg aku dapat?walaupun aku selalu mengeluh..namun jauh disudut hati aku. aku hanya ingin melihat mereka gembira.gembira dan puas datang bila melihat senyuman mak dan abah..lagi-lagi abah. sukar utk melihat dia tersenyum. apabila berkesempatan membuatkan dia tersenyum. aku yg jadi malu.tapi, hari ini. semua nya telah ketentuan ilahi.masalah yg melanda aku dan keluarga sudah berada betul-betul ditahap kritikal. bil electric, bil air, astro, dan yg paling penting kereta semua tertunda. ya allah, betul aku tak sanggup hadapi semua ini. kereta aku yg bakal diambil semua oleh pihak bank, bill air yg mencecah hampir rm400, dan electric rm300. kereta rm1650 2 1/2 kereta aku tidak berayar.aku sudah jadi penganggur setia selama hampir 2 bulan. tapi, bukan itu kemahuan aku. semua tue atas sebab kesihatan. doctor yg menyuruh aku bertindak sedemikian. untuk sementara.sekarang diri ini hanya bergantung pada ubat semata. aku tak mahu simpati dari sesiapa. bkn aku hanya duduk dirumah semata. aku keluar untuk berkerja sambilan sebagai operator. pernah atau tidak kerja seperti itu aku lakukan, aku gagahkan juga demi keluarga tercinta. kenapa ya allah aku diduga seperti ini. hingga aku ditinggalkan begini. mana mereka yg sepatut nya berada disisi aku sekarang ya allah?bagaimana cara yg membolehkan aku dapatkan semula semua yg pernah aku ada?tadi abah telefon aku. abah menangis...mak apatah lagi,walaupun suara nya tidak dapat ku dengar. tapi, yg apsti aku tahu mak juga sedang menagis. aku nie mmg anak yg bodoh! apa yg aku kejarkan selama ini??adakah semua yg berlaku kerana balasan yg dulu pernah aku lakukan. telah aku pohon keampunan pada mu ya allah...tolong aku untuk kali ini. pernah kah aku terfikir untuk melacurkan diri? pohon kemapunan dari mu ya allah...aku anak yg simpati diatas penderitaan kedua org tua...tapi.apa kan daya?

2 PENGOMEN DENGAN:

AZ said...

Kamu yg sabar aja yah..
semaNgatt dong hidup yahh.. :)

Mr. J said...

hai awak.. apa khabar sihat?

Followers